gravatar

takziah

perbualan antara seorang kipas susah mati (ksm) man u dengan seorang football illiterate (fi)


fi:
haaa..ko ni sebelah mn..
red devil ke barcelona?

ksm:
man u laaa...
ape kes spain
x minat

fi:
mati r man u mlm nii..
kene curse ngan ak
hau33

ksm:
hahahaha...hai....kasar lawak tuh

fi:
ooopppsss...terguris ati penyokong man u..

[.]

sudahnye...man u kalah 2-0.aku pun tak payah tulis banyak.football illiterate

gravatar

aku

camne nk stat yer...
skunk ak meneman member ak,yana isi borg kerja...
so, ak di CC aka cyber cafe la ni..
dtg ngn moto.. merempit 2 org...hahaha..
and nk thu 1 hal, ak tertinggal fon ak kat uma..
ape ke bengap no ak ni.. ish... geram ..ngee~
xpe2..

sabtu ak nk blik umP semula.. sbb pe yer..
ade la sebb2nyer.. haha... bkn dating k... ade hal beso ak kat ump.. seyes wa ckp ni.. hihi
short sem ak da drop.. xder mood nk stdi sebenarnyer n another reason sbbyer ak da byk ketinggalam..
mklumla, ak ni mane la teror sgt.. lambat pikap lak 2.. tapi tak bahlol la.. kua2..

di ump ak da bersame rumate baru iaitu yan, izyan and han.. urm.. duk bersame2 dak2 suksis..
in'syallah ak dpt menyelesakan diri nnti.. hope so..
for my bestfren ex-c6-412.. kenangan ngn korg, kenangan selama 4sem bersame takkan ak lupekan sampai bile2... korg la yang terbaek.. -aada, anis,afzan- ngee~..

tuk meran.. ang la kwan terbaek ak gak.. ang jgn raser terpinggir.. hukaakaka... aku rindu syg ang..ngee~~.. nnti ak blik ump kter jumpe yer..
haha... jgn g buat date lak ..hahaha...
k le .. adios.. jmpe di umP .. tata.. muah3..

gravatar

kerinduan

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

dah lama aku x mengepost kat blog nie...sibuk...final exam, RMWD (yang sgt kontroversi), MASUM (yang penuh dgn scandal)...and skunk aku kat UMP...mungkin nak balik...mungkin nak stay tuk Belia benci Jenayah (BBJ) kat Kompleks Rakan Muda Kemaman...ntah la...

aku rindu...
aku rindu pada NOYA, AADA n ANIS...
aku rindu sama diowang...
jam 2.45 pagi, aku masih berjaga...
kalau lah blok kitowang dekat, aku masih pasti aku mesti dah ade kat bilik diowang...
sob2...

siang hari nie...
aku ke kemaman...ade urusan...=p...
pastu singgah pantai teluk Mok Nik, makan keropok goreng and satar...pastu singgah pantai Cherating....cantik sgt....pastu aku pi makan kat midnite...pastu gi lepak lagi kat teluk chempedak...
huhu...
suke suke suke!!!!
sebab aku memang suke pantai...
time kasih kepada encik Palie yang membawa saya menjelajah pantai2 ini...
ngee~

aada, noya and anis....
bile lagi kite mau mandi laut or air terjun nih...
naik sem ni deh...
plan awal2 k...

pengarah program: aada...
ajk makanan: noya...
bendahari: anis...
pemantau: mem...

agagagag....
miss u girls!!!

gravatar

attention everybody

good afternoon..(it was the time i wrote this post)

imma say that this is my first post after we move in to our brand-new residential area..kk1..though we're not in a same block anymore..bloody shit, got to reside altogether with male..male and female in a same compound...buduh..the worst thing is my block is exactly next to their block...aku nak keluar masuk toilet pon was-was...

n this post is especially for kamimana team members

noya-mu nye pinggan, gelas percuma dutch lady, sudu-garpu (kalau ada la), bekas isi gula, botol palmolive (aku guna wat isi shower foam tuu)

mem-bekas percuma quaker oat (for the time being it is filled with neskape), yup..ade tupperware kaler biru (aku guna wat isi kopimet), penyapu kecik kaler merah, pink umbrella percuma avon, sudu garpu..(probably..ade jugak)


if u want to collect ur stuff just drop by at my new room, c13. unfortunately, i'm not available this wkend.come and collect it next week la..if u wish so..thank you

p/s-glad we create this blog..hopefully it would still connect 4 of us together..chaoo

gravatar

hari ini hari jumaat

[1.20pm]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..



hari ini hari jumaat..
hari jumaat pertama aku di rumah..
baru 4 hari aku balik..
rindu!

hari ini hari jumaat..
hari pertama aku dapat on9 kat umah..
setelah lama tak balik umah..
sronok!

hari ini hari jumaat..
hari pertama aku dapat bangun pagi2..
join senamrobik kat kg..
penat!

hari ini hari jumaat..
hari pertama aku dapat makan fully masakan mak..
makan nasi lemak tuuuu...
sedap!

hari ini hari jumaat..
hari pertama aku mandi lambat..
haha skarang pon tak mandi ag..
busuk!eh..x,wangi!

hari ini hari jumaat..
hari pertama aku dapat pegang baby lepas 2 bulan kot..
lama giler teringin..
weh3..anak orang laa..
comel!

hari ini hari jumaat..
hari pertama drive kete pegi pekan..
haha..kalo da nama hari pertama tu..
paham2 la cane..
cuak!

hari ini hari jumaat..
hari pertama aku kene gelak..
gara2 kete mati tengah jalan..
hihi..gelak eh korang,takpe..
cool!

hari ini hari jumaat..
hari pertama aku ade pelbagai rasa..
walaupon macam2 rasa ada..(macam-macam adaaa)
aku tetap control cun..cun beb..ngeeeeh3
cun!

hari ini hari jumaat..
hari permulaan pada hari2 lain..
aku harap..hari ini lebih baik dari semalam..
hari esok lebih baik dari hari ini..
aminnn..

apa pon yang berlaku..
hadapilah hari mu dengan senyuman..
senyummmmm...kan chumeyl...:)

p/s:
macam seloka yg aku pnah reka masa sekolah rndah dulu untuk majalah skolah..
tapi tak hantar pon..hihi..

mood aku tgh baik..tapi...
aku tetap rindu..bilakah kita akan bertemu lagi??cewahh..
rindu kamu..:)

[1.42pm]sekian~

gravatar

hargailah isteri....

Bismillahirrahmanirahim..
Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan kerana menjadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan beliau diberi cuti bergaji penuh selama 7 sehingga 15 hari sebulan dan dia tak diwajibkan sembahyang tetapi Allah menganggap waktu itu sembahyang terbaik darinya. Mereka juga diberi cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila mereka dah bersalin, susukanlah anak dan jangan takut "kendur" atau menggelebeh. Si suami pula, jangan pula berebut dengan anak untuk menyusu.

Cuti ini bukan cuti suka hati akan tetapi cuti yang Allah berikan sebab beliau bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis waktu cuti tu, layanlah suami "offer" lah pada suami,

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إذا دعا الرجل امرأته إلى فراشه فأبت، فبات غضبان عليها، لعنتها الملائكة حتى تصبح). متفق عليه، واللفظ للبخاري. ولمسلم، "كان الذي في السماء ساخطا عليها حتى يرضى عنها."

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, “Bila seorang suami mengajak isterinya ke pelaminan (untuk melakukan hubungan badan) lalu menolak untuk datang sehingga semalaman ia (suami) marah, maka malaikat akan melaknatnya (isteri) hingga pagi hari.” (Muttafaqun ‘alaih, ini lafaz al-Bukhari) sedangkan lafaz Muslim, “…maka zat Yang berada di langit akan murka terhadapnya (isteri) hingga ia (suami) rela terhadapnya.”
Ingatlah wahai lelaki, anda tidak diberi cuti untuk menunaikan sembahyang kerana sembahyang adalah wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawa di badan. Satu lagi berita gembira untuk wanita. Di mana sepanjang proses hamil Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan yang diberi kepada wanita, Jadi kenapa perlu takut nak untuk beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, beliau tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami. Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri mendapat pahalanya tetapi dosa-dosa suami beliau tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila beliau redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat beliau tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi beliau pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Jikalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami maka beliau tidak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa anak isteri yang tak dididik dia akan ditanggungnya dan ditambahkan lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak menderhakai denganNya. Sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta adalah untuk mempertahankan wanita dan dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami,
kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup
yang telah meninggal dunia"......

wallahualam....

gravatar

aku yang melalut

[2.10pm]

HAI BOSAN
NYAH KAU DARI SINI
AKU TAK NAK TENGOK BATANG IDUNG KAU LAGI
NYAH KAU

HAI SIBUK
AKU NAK KAU STAY
TAPI AKU DA NAK BALIK
BOLEH KE AKU SIMPAN KAU KAT RUMAH?
SANGGUP KE KAU IKUT AKU?

HAI GUMBIRA
KAU,DIWAJIBKAN SENTIASA BERKEPIT DENGAN AKU
KALAU TAK,SIAP!

HAI SEDIH
EHM..
APE YEH??HAA..
TAK YAH LAH PERGI
KAU PENTING UNTUK AKU
ADA SEBABNYA
STAY PLZ..PLzZzZ...

HAI PENAT
KAU SAMA JE MACAM BOSAN
TAPI AKU LAGI SAYANG KAU
TAK APALAH
KAU STAY
TAPI DOK DIAM2 KAT SITU
STATIK
JANGAN GERAK-GERAK

p/s:tah pape aku merapu...adoi,bila nak siap keje2 ni haa..
-aNis-

[2.21pm]sekian~

gravatar

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti..

hujan

gravatar

friends

[12.22pm]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

boleh tak awak jadi kawan saya??
pernah tak ditanya soalan ni satu mase dulu pada kawan2 kamu sekarang???
tak,kan?
perlu ke kite mncari kawan?
memilih mungkin..
kawan datang sendiri..
bukan diminta..

kenapa hari ni cerita tentang kawan?
sebab...

tetibe tadi aku teringat tentang..
cerita kanak2..'TENTANG BULAN'..
dari mula cerita tu ditayangkan..
sampailah sekarang..
aku sangat suka cerita tu..
boleh jadi inspirasi..
boleh jadi satu semangat..
boleh jadi satu kesedaran..
betapa pentingnya kawan disisi..

...........................................

ada seorang kawan..
sentiasa meluahkan perkataan maaf..
tiada yang salah..
kata maaf juga diucapkan..

kawan mengganggu kawan..
yeke?aku jarang terasa diganggu kawan sendiri..
yup..mungkin ada..
tapi pada keadaan aku terlalu la sibuk..
ehm..
'sorry,saya tak plan pon nak kacau awk'..
'i'm afraid you wil lost interest to talk if you chat wit me too long'..

perlu ke diucap?
terasa sampai ke mata..
mula mata berair..
sedihnya bila makna kawan dianggap macam tu..
tak pela..
die tetap kawan..
dan tetap kawan sampai bila2..

mungkin aku terlalu sensitif..
hati tisu bak kata orang..
berfikir terlalu mendalam..
terlalu memikirkan kata2 orang..
yup..aku memang macamtu..

aku sangat takut mendalami ape erti sebenar kawan..
sebab kawan ada pelbagai rupa dan bentuk..
rupa dan bentuk pon da lain..
nikan pulak hati orang..
dunia oh dunia..

p/s:korang tengokla cerita TENTANG BULAN tu..tgk seribu kali pon aku takkan terasa bosan..

[12.56pm]sekian~

gravatar

cinta itu buta

Menyintai tak smestinya Memiliki...Janganlah kau angkuh melaungkan... Si dia kepunyaanmu... Atau kau kepunyaan si dia ... Kerana hakikatnya... Kita tidak pernah memiliki sesiapa... Walau sekeping hati seorang insan..Tidakkah kau sedar... Hukum alam menyatakan... Menyintai tidak semestinya memiliki?... Manusia pandai berpura... Berlakon di pentas dunia... Dan bertopeng menutup rahsia..Tetapi hati... Tidak pernah berdusta pada empunya... Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya... Tidakkah kau sedar... Mungkin si dia melafazkan... Ungkapan cinta padamu... Tetapi hati dan perasaannya... Tidak pernah berniat begitu... Dia hanya berselindung... Di sebalik sejuta alasan... Dan kau... Begitu jujur dan setia menyintainya.. Sehingga terlupa.. Hukum alam menyatakan.. Menyintai tidak bermakna memiliki.. Sesungguhnya... "saya tidak pernah memiliki dirimu..." "Dan kau jua tdk memiliki diriku." Mengertilah.Kita sebenarnya kepunyaan.Yang Maha Esa