gravatar

Tapi dan tapi dan tapi dan tapi dan tapi dan tapi dan tapi dan tapi dan tapi dan tapi.


Aku sebenarnya nak tukar kerja tahu tapi, interview pun tak menyinggah lagi. Rasa nak beli kete jugak tapi, duduk dekat bandar penuh pancaroba ni macam tak padan nak pakai kete canggih canggih, tambah plak mak pun tak kasi beli kete. Baik beli rumah ye dak tapi, nak beli rumah kat mana, kat bandor ni ke, kampung ke? Terasa jugak macam nak pakai smartphone tu tapi, aku pakai telefon tu setakat aku jawab call dengan mesej je, fungsi-fungsi lain yang ‘fancy’ semua tu aku tak heran, tak pakai, tak minat…setakat masa ni lah, tapi bila sebut mesej ni, dah berotot ibu jari tekan-tekan bila balas mesej, keypad keras masya-Allah, berpadananlah telefon pakai sekarang bolehlah. Dikategorikan. Sebagai. Dumb. Phone. Tapi, tapi, tapi, besar jasa dia tahu. Lepas tu nak pakai iPad mini jugak tapi, nak tunggu iPad mini 2. Bila mengenangkan laptop yang dah tak berapa power – processor Core Duo bila mana smartphone sekarang pun ada yang dah guna quad core - dengan kapasiti penggunaan aku sekarang rasa nak angkat all-in-one PC tu seketul tapi, hummm itulah. Kerja berlonggok atas meja tapi macam rimas serabut, but, but, but siap tengok Madagascar lagi kat opis. Sekarang ni pulak aku macam lapar tapi, tak tahu nak makan apa.

Tapi ni pun siap jadi modal lagu jugak.

Sekarang kau kira berapa banyak ‘tapi’ aku taip kat atas. ‘Tapi’ digunakan untuk menerangkan sesuatu keadaan atau subjek yang bersifat kontradik dan sangat ‘applicable’ untuk orang yang banyak kerenah, banyak alasan, banyak cekadak. Tapi itu, tapi ini, serba-serbi ‘tapi’. Kadang, ‘tapi’ ni kena jugak untuk situasi yang memerlukan justifikasi yang lebih konkrit. Tengok ‘tapi’ aku je lah berapa banyak, macam-macam lah tapinya.

Tapi gitu ah, nok buat guane doh. Bleh, bleh, bleh.