gravatar

Belia Benci Dadah

assalamualaikum...

ok...mungkin ramai tak tahu apa itu Belia Benci Dadah (BBD)...nie adalah satu program Kementerian Belia dan Sukan dan IPT telah menjadi medium penyampaian nya kepada masyarakat luar...

Sekretariat Rakan Muda UMP dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Terengganu telah melaksanakan program ini pada 18-21 November 2008 bertempat di Kompleks Rakan Muda Besut, Terengganu. Seramai 51 peserta dari daerah Setiu dan 2o fasilitator UMP terlibat dalam program ini yang dinamakan Anda Pilih "Bahagia @ Sengsara".

Gambar-gambar sekitar program saya akan upload nanti bila dah ada kat tangan saya, ok?...

Yang pastinya kedatangan mem ke Besut ni ada suka dan duka nya...nanti mem update lagi k...

Selamat Bercuti kawan-kawan...

gravatar

MENGISI JIWA YG KOSONG INI

UNTUK PERINGATAN DIRIKU INI DAN TETAMU BLOG NIIHH..
Adela sikit ilmu ak dpt dr kkwn ku...ak rs sgt bersyukur di minggu exam nii...stdy utk exam tu mmg kene stdy laa..bekalan nk jwb soklan dlm exam nnti..kalo tak nak jwb pe..the best part is ak dpt sekali ilmu2 tmbhn utk bekalan spjg hidup nii...ade la sorang 2 mmbr ni duk forward email kt ak..n ak tertarik nk post yg ni..

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Fikir-fikirkanlaa. Peluang untuk kita sentiasa ada..tepuk dada tanya selera..

-coco888-


gravatar

bagai aur dgn....

KAMI telah bertukus lumus menyiapkan blog ini... ownernyer Mem,Aada,Noya,Anis....hihi..
jadi,sebagai menyambung lagi peribahasa diatas(tajuk 2) ,bagai aur dengan....tebing sangat sesuai diaplikasikan oleh KAMI yang bermoTivasi tinggi ini(koya jew)..hihi...KAMI bergabung tenaga dan seperti yang diwar-war kan oleh tajuk diatas, sikap KAMI ini tak ubah seperti aur dengan tebing...
di blog ini, KAMI bukan sahaja memaparkan bende-benda menarik, malahan bende tak menarik juga....jadi, ikuti la dari mase ke semasa... jangan ponteng..hahaha

-NOYA-

gravatar

CHAPTER 1

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA...ni blog baru..baru je siap..isi kurang lg laa..bukan kurang..pendek cite..takde isi lagi laaa...tp harapan ak utk blog nii..ak dapat menggunakan fully bhs melayu yg ori n skema n xde short2 form nii..tp cam xmmpu je..akan tetapi..kalau tidak dipecahkan ruyung manakan bisa mendapat sagunya..kalau aku tidak cuba menulis di dalam komposisi yg tepat..bile nak betolnye...cikgu bhs melayu 'M' tolong betolkan ayt2 saya ya..


-T A M M A T-