gravatar

hargailah isteri....

Bismillahirrahmanirahim..
Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan kerana menjadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan beliau diberi cuti bergaji penuh selama 7 sehingga 15 hari sebulan dan dia tak diwajibkan sembahyang tetapi Allah menganggap waktu itu sembahyang terbaik darinya. Mereka juga diberi cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila mereka dah bersalin, susukanlah anak dan jangan takut "kendur" atau menggelebeh. Si suami pula, jangan pula berebut dengan anak untuk menyusu.

Cuti ini bukan cuti suka hati akan tetapi cuti yang Allah berikan sebab beliau bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis waktu cuti tu, layanlah suami "offer" lah pada suami,

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إذا دعا الرجل امرأته إلى فراشه فأبت، فبات غضبان عليها، لعنتها الملائكة حتى تصبح). متفق عليه، واللفظ للبخاري. ولمسلم، "كان الذي في السماء ساخطا عليها حتى يرضى عنها."

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, “Bila seorang suami mengajak isterinya ke pelaminan (untuk melakukan hubungan badan) lalu menolak untuk datang sehingga semalaman ia (suami) marah, maka malaikat akan melaknatnya (isteri) hingga pagi hari.” (Muttafaqun ‘alaih, ini lafaz al-Bukhari) sedangkan lafaz Muslim, “…maka zat Yang berada di langit akan murka terhadapnya (isteri) hingga ia (suami) rela terhadapnya.”
Ingatlah wahai lelaki, anda tidak diberi cuti untuk menunaikan sembahyang kerana sembahyang adalah wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawa di badan. Satu lagi berita gembira untuk wanita. Di mana sepanjang proses hamil Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan yang diberi kepada wanita, Jadi kenapa perlu takut nak untuk beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, beliau tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami. Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri mendapat pahalanya tetapi dosa-dosa suami beliau tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila beliau redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat beliau tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi beliau pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Jikalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami maka beliau tidak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa anak isteri yang tak dididik dia akan ditanggungnya dan ditambahkan lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak menderhakai denganNya. Sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta adalah untuk mempertahankan wanita dan dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami,
kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup
yang telah meninggal dunia"......

wallahualam....