gravatar

azema

ak akan berkampung di UMP selama beh kurang 2 bulan...
sepanjang cuti sem ni...
adoi.. xleyh cti.. sob3!!!.... masum+shortsem... hihi...
chayok2 pda ak... xdpt la keje cti ni... hihi..

gravatar

merungkai segala kekusutan..

[11.01am]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

sepatutnya..
masa ini aku gunakan sebaiknya untuk study mass transfer..
tapi apa aku buat??post entry??hihi..
cuma tinggal 1 paper je lagi..
tamatlah zaman tahun 2..
sem depan dah mula tahun 3..
emm,macam cepat je masa berlalu..
umur 20 tahun..
ya Allah,apa nak jadi ngan aku??
study pon main-main ag..
tinggal 2 tahun je..
untuk aku tamatkan pengajian..
dan..
insyaAllah perancangan akan diteruskan..
akan berusaha ke arah itu..=)hihi..
perancangan??btul ke..
dengan umur dan sikap aku yang tak berapa nak matang..
nak merancang sesuatu??boleh ke??
perancangan antara hidup dan mati tu..


..aku da jd macam ni da..buku2 tu xpenah tengok pon..hihi..

2hari lepas..
lepas balik dari library..(belajar bersama lebih baik)
jalan terkedek-kedek sorang diri..
tetibe teringat!
aku terlupa bawak kunci bilik..
noya n aada still kat library..
phone ada..ape masalah..
aku pon sms cik noya..

aku: noya,da sampai bilik mcall..aku xbawak kunci bilik..

noya: mek anis weh,ktorang nak kuor makan neh..jom r skali..ktorang tggu mung kat bustop..

anis: ala..nak ikut,tapi aku tak semayang ag ni..(dengan nada nak soh naik bilik anta kunci dulut)..

noya: mung g semayang kat bilik mem nuh..ktorg tggu kat bustop..

anis: owh,mem balik doh ke?em..tak pe ah..aku makan doh..hihi..(nak ikut gak..)

noya: la,makan doh la ni..xpe ah gtu..mung g lepok2 bilik mem..

anis: (aloh)ok..tapi mntak tlg belikan aku chili tuna dehs..[msg not sent!](arghh..kdt abes plok doh..teringin2)

dijadikan cerita..
aku lepak kat bilik mem,sampai kol 7.45pm..
tu pon balik sebab kena marah ngan yan..
hihihi..kenapa??
itu..rahsiaaa..hihi..

pada masa aku dok kat bilik mem..
layanan,cam tetamu kehormat lak..ngeh3..
ade teh o..(yan watkan..sedap..bleh dah tu yan!sem depan keh!hihi..jgn lupe ajk)
ade beskut..
wah..bleh pegi lg ni..hehhe..

aku n mem bincang2 heat..
cakap2 pasal test pe sume..
da lama aku tak berbual dengan mem..
aku cuba gunakan masa tu..
nak tahu semua pasal die..
aku dengar die bercerita..
bout her sayang..
bout her family..
bout her life..
yup2..aku nak dengar semua tu..
tapi mem,anis tak pandai komen..
mesti mem bosan bercerita kan?
aku senyap je time mem bercerita..sory ya mem..

borak punya borak..
aku yang macam da bangun dari katil..
berniat untuk balik..
tetibe..
mem: macamana dengan ******??

aku: (tersenyum..)eh,cane mem tau?

mem: ala..mestila tau..hihi..

aku: (again..sory mem,sebab kita da lama tak borak..tak sempat bercerita..i thought u dont know bout it..)die ok..(riak muke bahagia..hihi)

mem: ehm..***** plak cane??

aku: tahla mem..ktorg macam biase..memang dari dulu pon macam tu..sama je..tak yakin lah mem(++p/s)..keyakinan lebih pada ******..(aku pernah tanya orang yang lebih tua..++p/s)

alamak!yan da marah.....hihihi

mem: eh,jom lah..hihi..gerak2..btw,selamat berbahagia..

aku: hihi..ok!(lupa nak ucap thanx..thanx mem!=))

hari tu..
memang aku gunakan sebaiknya masa dengan mem walaupon sekejap..
cuma separuh waktu maghrib..
sekejap..tapi penuh isi..=)

esok..
last paper..mass transfer..
study anis..study..jangan malas2..

++p/s:
1)xyakin??ehm..mungkin saya percaya pada awk..dan awk percaya pada saya..yup,saya tau..tapi saya tak yakin dengan sesuatu yang saya tak nampak..maafkan saya..

2)tanya org yang lebih tua??ehm..yup,aku pernah bertanya pada seseorang..
persoalan: dalam wat pilihan..antara orang yg kita sayang atau orang yg sayang kita??..
jawapan: lebih baik memilih orang yang sayang pada kita..

persoalan: kenapa??..
jawapan: sebab..awk tu perempuan..antara lelaki dan perempuan..lelaki lebih memilih..dan tak semstinya orang yang kita sayang tu akan sayang kita balik..perempuan,hati nya lebih lembut dan halus..sayang,kasih dan cinta boleh dipupuk..senang dipupuk..

(aku setuju..sangat setuju..aku da mula pupuk sayang kasih dan cinta tu da lama..smua tu da ada dalam diri aku..harap dia dapat terima seadanya aku)

mem,noya n aada..hafzan pon masuk sama..korang yang paling banyak tau pasal anis..cane kehidupan anis..sedeyh,senyap,suka,gumbira,tido,mandi,study,makan,minum,dan macam2 lagilah..hopefully,korang takkan bosan n puas amek tau..=)
korang tau tak,ade orang cakap kita gaduh??hihihi..(mungkin dalam nada bergurau)..

pada mereka2 yang cam ala2 nak komen psl ktorg..
persahabtan tu takkan jadi lebih kukuh kalau tak de aksi2 gaduh ni..
tapi diingatkan..
kami bukan lah bergaduh..
cuma kekadang tu..
senyap seketika..
memberi ruang kepada msing2..
menilai mana yang baik dan mana yang buruk..
masing2 ada hal masing2..
nama pon mahasiswa..
takkan semua bende nak wat sama2..
independent..
kamimana memang lah 1 geng..
tapi xsemestinya..
apa yang aku wat..
mem,aada n noya pon wat mende yang sama..
kami akan saling berkongsi..
berkongsi cerita dan pengertian..

till now..
ktorang baik2 saja..
itu biasa laa..
xheran pon..
masing2 punya pemikiran lah kan..
tak pe..
ktorang tak terasa pon dengan komen2 tu..
tapi..
hentikanlah..
lagi baik kalau anda2 semua doakan ktorg ni rapat..
sampai hujung nyawa..

[12.34pm]sekian~

gravatar

trophy

gravatar

Ak stat menaip jam 1158pm...19april..

luse da nk final.. subjek chemical reaction engineering.. cuak gak ni tak stdi pe lagi..
ape nak jdi ni noya..
bab masalah air di UMP sebenarnye membuatkan ak mkin mls nak stdi.. panas la lam bilik ni.. adoiya..
bknnye tak mandi.. tiap2 hari 3 kali mandi, usaha gak dapatkan air.. tp, ttp mls nk stdi..
mindset la ni mslah ni..
huhu... lau mls 2, ttp gak mls, tak kire air ade ke tak de kan?? hihi.. sape stuju ngn kenyataan ni sila angkat tangan... hahaha..

ak ade seeorg y lame da ak tak jumpe, tak kontek lebih kurang dekat 3 tahun la..
13 april besday die.. ak tak wish pon.. tak ingt sebenrnye.. tp, lau ingt, ak pon tak wish.. hihi..
em, tp, 17april die kol ak.. ak mcm tak cye sebenarnye.. lme ktorg sembang, mklumla dpr kredit free kan.. huhu... tnye khabar, tkar2 cite.then ak wish gak la "hepi belated besday".."tQ"..die ckp.. "tu je ke" hihi.. 2 je la ak mampu ckp.. tak thu nk ckp pe lagi.. myb lau ak kp lagi, ak jus ckp cm bese cm org len, moga panjang umo murah rezeki, bahagia dlm idup, dilimpahi rahmat n rezeki Taala.. em, tp, . ak hepi, lame da tak rse perasaan ni..
rse terharu, hepi, seday bercampur sume.. aku... em.. aku... em... ........

tp, mlm ni merupan mlm last die kol ak.. kredit free da abes...
tak pe, myb die kol lagi len kali.. hope so..
knape ak ni.. ske crik pasal la..
aaaa.a.............


dah2.. ttp cite...
haha.. ak kne stdi ni.. nk result gempak sket sem ni.. haha.. belyh ke??
org ckp nak seribu daya tak nak mcm2 dalihnye.. haha..
sampai cini ja la.. nk stdi ni.. haha..
moge2 ak dapat jwab ngn tenang, yakin dan ingt segala yang dipelajari.. amin..
begitu juga buat kawan2, rakan2, sahabat2 taulan sume.. hope korg dapat jwab y terbaek, tak kira la bile korg stat final.. myb da stat esok kan.. chayok2 sume..
[jgn meniru, menipu, bwk toyol lam exam.. jujur pd diri sendiri.. buktikan kita ni product y terbaek dari UMP or memne U pon or tmpt korg stdi..]

salam...Fi amanillah Jazakallah

gravatar

Dalam Diri Kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan

kita lihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 =99 iaitu bilangan nama Allah. syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Kabah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Kabah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafii, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

gravatar

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami??

Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita. TAPI....... Tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengcheking "Ada duitkah suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk berinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan..

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss!!Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam....

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"

TAPI kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi... Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur (peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...Satu lagi, suami kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain..

gravatar

ako sakit gigi...uwaaaa

gravatar

amalkan...insyaAllah....

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.Bismillahhirrahma nnirrahim: pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap
habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah: jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah: jika ingin melakukan
sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.
6.Innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah: bacalah
sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.

gravatar

kerana dah lama menyepi..=)

[4.51pm]
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..



da lama aku tak post apa2 kat blog kamimana ni..tetibe lak hari ni bleh luangkn sikit masa..ni pun dalam keadaan terkejar2 g sana g sini..ump da la tengah tak ade air skarang ni..adoyai..dugaan..

seminggu..eh,bukan..plus minus sebulan,aku terlalu la sibuk..sibuk dengan program..sibuk dengan quiz..sibuk dengan assignment..sibuk dengan test yang tak henti2..sibuk lagi dengan amalan seharian..ihihi..setiap masa mesti terisi..

tapi,nak dijadikan cerita..2 minggu yang lepas,aku demam..demam seminggu..agak teruk,mayb sebab aku da lama sangat tak demam agaknya..ehm..ada kawan2 aku yang mengambil berat..thanx..dengan keadaan seminggu aku tak ke kelas..banyak yang tertinggal..ehm,aku terpaksa mengambil inisiatif sendiri..tak boleh mengharapkan orang lain bgtahu apa yang sepatutnya..ehm,waktu demam,waktu kritikal..aku tak dapat fikir apa2 langsung..seriously,aku tido je sepanjang hari..aku tak dapat apa2 berita dari kelas..tentang quiz,kelas mathlab,test,assignment..senyap..ehm, mungkin kuliah aje kot..selepas demam aku agak surut,aku da boleh bergerak,siapkan assgnment yang tertinggal..seminggu selepas dari tarikh submit,baru aku mula buat..teruk btul..test heat,dalam demam..huh,test time demam sangat perit..tak tau la camana keadaannya mark test heat transfer aku tu..adoyai..

seminggu dari tarikh aku baik demam a.k.a hari ahad..aku dapat tahu yang hari isnin, kelas ktorg ada test mandarin, coursework mandarin kena hantar sebelum masuk test..arghhh..nape tak bagitahu awal2?ehm..hari rabu malam,ada test mass..test mass??xstudy ag laaa...lepas test,meeting eXpoconvo09..aku tak pegi,ade urusan lain perlu aku selesaikan..hari khamis,klas mathlab..aku tau ade klas,hari selase..uhuk,bagus kan??lps kelas,test techno..hehhe..study?buku pon tak ada..so, pegi ngn otak 0..bukak buku yang dipinjam..name pon open book..hihi..hari jumaat pagi,test lab..wah,3 test berturut2..sgt mencabar otak,tenaga n fizikal..petangnye,meeting dengan staff aka penasihat eXpoconvo09..malamnye, perjumpaan dengan semua sekretariat eXpoconvo09..penat xterkata..

bemulanya sabtu,aku ditinggalkan berseorangan dibilik..masa ni,baru aku tau erti rehat..sangat menggunakan masa untuk merehatkan segalanya..ada yang menemani,aku tak risau berseorangan..thanx =)..n bermulanya sabtu,bermula lah study week..hurm..dari sabtu,11April sampai hari ni,jumaat,17April..aku xstudy apa2 lagi ni..camana ni??minggu depan da start final..adoyai..ehm,apa2 pon..harap2 anis dapat jawab final dengan jayanya..aminn..=)

dengan itu, aku nak mntak maaf dengan semua orang..kalau aku ada silap,salah apa2 yang menyinggung,tersinggung, dan menyetersinggungkan korang semua..aku mintak maaf..last but not more..gudluck untuk semua kawan2 yang sedang,akan dan da lepas final..harap semuanya berjalan dengan lancar..jaga kesihatan ok?all da best..

p/s:baru lps mndi..jgn ingat kat ump tak de air,ktorang semua tak mandi..mandi tau..hihihi..

[8.07pm] sekian~

gravatar

missing mode

assalamualaikum dan salam sejahtera,

hurmmm...habis semua penat lelah sepanjang semester ini...skunk nie bermula lah study week...which means our final exam will be on next week...but i haven't started for my revision yet...(ape nak jadi ni, maheran?)

aada, noya and my syg were at home...spending their precious time with family...owh i dunno bout anis..was she at home too?...dah lama dah x naik bilik atas..naik pun bersebab...dah lama x borak dengan anis...sorry anis...insya-Allah this whole study week i will be stayed at their room as i always did the past 3 semesters....

am now at my sister's house...came here yesterday after send him back to JB at Terminal Makmur...This is my first time apart from him...sob2...nevermind, just hopin that he enjoys the 3 days holiday with his long-time-no-see parents...kan syg?

actually i envy those my friends that were at home with their family... i am wishing that im at home too, sitting in the living room, watching 8pm news while updating them with my college activities...chatting, teasing each other...:P spending the quality time with your loves one (family) is really way, way cool isn't it?...

pak umi, i just hope both of u in the good health...pak, do some exercises...dont just sleep and eat all the time...dont just lays on your bed and quarrels with your lovely grandchild-hani....i promise u, i will going back home after the final, after the rmwd program, and after MASUM...sorry, i have been busy this few weeks plus i dont have cash in my pocket..kaching2 xde la, pak...

and umi...u too have to control on your meal...kurangkan kolestrol dlm makanan....you have gained some weight lately...(kak kiah told me)...and dont forget, umi tu sakit lutut, kene kuruskan badan sikit, nnt sakit susah...lagi sakit lutut umi tue...nnt mem balik, mem bawa umi gi urut kat cine tu lagi ok?...and umi, i missed your masakan...umi is a good cook...the ' coolest+sportin' mum...and umi, nak gitau jugak...rambut mem dah panjang...dah nak sampai pinggang cam umi...hihi...me too have put some weights lately...bahagia sgt puteri bongsu umi skunk nie...huhu...alhamdulilah..at least, mem x nangis tiap2 hari cam dulu lagi kan?...umi, rindu nak makan kuey teow ladna umi..kat sini dah macam2 kedai pegi, tapi xde yang secukup rase cam umi buat...nnt mem balik, kte masak sama2 k...umi ajar mem k?...

pak, umi, kak kiah, abg baha, kak ti, abg laney, kak nin, anda, kak farah, anteh...hani and iman...
i just want you all to know that im here teribbly missing you guys...missed all those time that we used to hang out playing bowling and having dinner together ( satu restoran riuh dengan kite saje )huhu...and finals is in 1 week time, wish me luck...thank you for always be there when i need you guys...love you'al loads and miss you too...

till we meet again, if Allah willing...till then, do take care of yourself ya....do update me with anything new...

salam...

love,
kuee

gravatar

technopreneurship dan sejarah

kau tau apa perasaan jawab paper technopreneurship semalam..
rasa macam jawab paper sejarah bukak text book..
dekah33


rindu r lak kat buku 2 bijik nii

hal semalam pun sudah menjadi sejarah seperti isi kandungan buku teks sejarah ni

gravatar

petua kuruskan badan hihi

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

gravatar

mass oh mass

assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. malam ni tanggal 08 april 2009 aku ade test mass transfer....

2. masalahnye skunk aku belum habis study lagi....cuak cikit...tertido semalam....ingat nak tido kejap je...last2 sekali....hamek kau....

3. setakat ni ada 2 sub-topics lagi belum study....

4. minta maaf ms sureena, sy terpakse ponteng kelas ms...

5. pendek kata, doakan yang terbaik buat sy malam nie.....and die (my syg jgk)....die ade 2 test hari nie...petang and malam...

6. all the best for those who will be seated for ya'all test 2 today....

7. good luck, syg...mmuuahh2!!!

-salam-

gravatar

saya nk mintak maaf kat sume... ;(

Rasulullah SAW bersabda : "Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya"...nauzubillah..di kesempatan ini saye nk minta maaf kalo2 saye mengumpat atau terumpat rakan2 scr depan2 atau blkg2..saye insan yg lemah..sesungguhnya manusia itu sering lupa dan kerapkali melakukan kesilapan..skali lg saye mohon maaf kpd teman2 sume..sampai2kn lah dan same2 kite mohon maaf ngn teman2 kite..salam.. kawan hantar...sy lak hantar kat kawan sy.anda?

gravatar

ally iskandar

aku teringat quote ally iskandar kat tv

'saya mesti belajar bersungguh-sungguh, mesti kerja kuat'..lebih kurang gini la bunyinye

ya.

'aku mesti belajar bersungguh-sungguh, mesti kerja kuat..ermm..pastu nak angkat ini'

yes333

gravatar

dunia2..

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampa, hasilnya macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’ .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’


gravatar

em..

“Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”

gravatar

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan SEkali..


kalau 'jangan SEkali' buat la banyak-banyak kali, patut tukar rasanya

'buat baik berpada-pada, buat jahat berkali-kali'




gravatar

I tried to be perfect

I tried to be perfect but nothing was worth it
I don't believe it makes me real
I thought it'd be easy but no one believes me
I meant all the things I said

If you believe it's in my soul
I'd say all the words that I know
just to see if it would show
That I'm trying to let you know
That I'm better off on my own

This place is so empty
My thoughts are so tempting
I don't know how it got so bad
Sometimes it's so crazy that
nothing can save me
But it's the only thing that I have

If you believe it's in my soul
I'd say all the words that I know
Just to see if it would show
That I'm trying to let you know
That I'm better off on my own

I tried to be perfect it just wasn't worth it
Nothing could ever be so wrong
It's hard to believe me
It never gets easy
I guess I knew that all along

If you believe it's in my soul
I'd say all the words that I know
Just to see if it would show
That I'm trying to let you know
That I'm better off on my own.

gravatar

petanda dia adalah jodoh kamu....

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau
besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon
pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut
mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil buruk di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya
teman,ku harap dikau tak mjadikan aku sbg psinggahan buatmu buat seketika.aku impikan psinggahanmu adalah buat selama2nya utk diriku.mengertilah

-bancau_pink-