gravatar

Kera dan Babi


Aku harap kau orang tak macam kera dan babi ni.

gravatar

Briyani ke Nasi Putih

Hujung minggu yang makan free, ya makan kenduri je. Sabtu dengan Briyani yang pemurah gila penyedia catering tu, betul betul basmathi dia pakai. Ahad dengan nasi putih biasa je tapi gulai ikan masin ada nanas nanas tu terbaik! Karipap dia mantap tak mantap aku cakap kau, mana nak dapat inti daging seketul seketul dan padat lagi. Tak main ah karipap inti angin. 


NEX-5 and NEX-7, it's NEX-7 that I've been waiting actually. My friend, Alem said that he wanted to buy NEX-5 but since the price tag quite costly, he opt for Lumix ICL, couldn't recall the name of the model. When I was reading the NEX-5 review months ago, it was said that the NEX-7 was on the line to be rolled out plus, there was some features still need to be improved. And yesterday, NEX-7 came across my mind and the launching should be around the corner. And here they are. 

 

In before, I've been lurking on Olympus Pen E-PL 3 as well. Apparently, it seems NEX-7 has what it takes to top out any other ICL. And what's next Jane? Go save your piggy bank, perhaps?

And what's NEX-5 or NEX-7 or Pen got to do with Briyani ke Nasi Putih? Nothing. Foods never failed to excite me and rocking my stomach.


gravatar

Kau buat apa?

Kalau terer susun sendiri turutan nak baca. Hah!



gravatar

Gua Harap Lu Paham

Malam ni aku nak ber-gua-lu.

Gua nak cakap sikit kat kawan-kawan perempuan gua dan sekali lah dengan pembaca tulisan gua ni nak nak yang perempuan perempuan ni. Gua tahu rambut lu orang cantik ikal mayang dan panjang bak pontianaksundalmalam. Gua tahu lu nampak sungguh ayu menawan dengan rambut lu yang cantik tu. Tapi gua nak lu tahu, lu dah tak berapa ayu menawan kalau rambut lu tu berbau tengik. Subjektif tahu gua nak jelaskan bau tengik tu. Mungkin gua bau tengik, tapi lu orang bau wangi lagi walau tak berhari-hari tak basuh. Hah, kes macam ni acane? Gua harap lu tak cek dengan pakwe lu wangi busuk rambut lu pasal kentut lu lagi dia cakap wangi. Lu sendiri mau ingat lah. Lagi lagi dengan ketinggian gua ni lagi senang gua nak kesan bau bauan mengancam ni. Gua harap lu paham.

Rambut gua yang panjang mengurai dan cantik sekali. Bau sikit, wangi doh!


Lu yang pakai tudung pun ingat sama, kalau pun lu dah tutup rambut lu, lu tak basuh seminggu, lu ingat bau tak naik ke? Yang berlitup ni lagi nak kena bela kebersihan kepala dengan rambut lu sekali. Lu malas, lu cukur rambut lu macam Asmawi. Gua harap lu paham.

Gua tak paham dengan perempuan simpan kuku panjang ni. Gua syak mungkin lu orang sibuk sangat sampai tak perasan kuku dah serupa 'tiger claws' ke. Tapi lu yang tak berapa sibuk simpan kuku panjang tu, gua harap lu bela elok-elok. Iyalah lu rasa kuku panjang lu tu cantik. Lu nak polish ke, kaler kaler ke, lu punya hal. Tapi bila kuku lu takde kaler, gua harap lu korek lah tahi tahi kuku tu. Yang pegang rekod kuku paling panjang di dunia pun bela elok elok, lu yang tak setanding dia malas nak bela, baik lu cabut je kuku lu. Gua harap lu paham.

 Kuku gua yang panjang dan dijaga rapi. Aumm.





Gua dah penat mengomel. Gua nak minum air dulu. Gua harap lu paham.

gravatar

Bersama Walau Susah dan Senang

Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan & senda gurau. Beringatlah sentiasa, masa senang lupa diri, masa susah baru nak cari sejadah. Aku harap aku sendiri berpada-pada mencari dunia ini supaya tak tercicir bekalan kemudian hari. Semoga perjalanan hidup kita semua mendapat keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

# Peringatan untuk diri sendiri sehari-hari dan untuk semua.

gravatar

Ulasan: Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

Selamat sejahtera semua, ini ulasan buku pertama aku untuk blog ni dan juga pertama untuk tahun 2012. Aku tak pernah mengulas buku, maksud aku untuk platform blog ni, jadi ini adalah cubaan pertama aku. 




Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia (CMTKPD) merupakan terbitan Sokernet dan Dubook Press, karangan Lucius Maximus, iaitu seorang penulis untuk blog bola bola indie Sokernet. Kamu boleh ke Sokernet untuk membaca penulisan beliau mengenai arena bola sepak Malaysia mahupun EPL. CMTKPD yang aku beli merupakan cetakan kedua setelah buku ini berjaya diulas dalam satu rancangan sukan di Astro Arena dan hanya terhad 300 cetakan sahaja. Secara fizikal, buku ini tidak lah tebal, sekitar 100+ muka surat sahaja. Namun tidak tebal tidak bermaksud kurang pengisian, bahkan ia seakan tidak cukup untuk mengisi 100+ muka surat itu. Kronologi kepincangan bola sepak negara digarap dengan kemas sekali oleh penulis bermula perlawanan kelayakan Piala Dunia 1974 sehingga yang terbaru 2014. Walaupun aku seorang yang 'buta bola' -  aku tak ambil pusing hal pengurusan, kejurulatihan - aku harus mengakui, jauh di hujung hempedu, ada lah sikit sikit aku mencarut lah jugak setelah membaca buku ini.

"Bangang rupanya FAM ni, sungguh kepala bana", itulah yang aku duk bermonolog dari awal buku sampai habis. 

CMTKPD bolehlah dicanangkan sebagai 'handbook' rangkuman kegagalan Malaysia ke Piala Dunia dan sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengetahui secara 'overview' faktor-faktor kegagalan, pengurusan, pemain dan kejurulatihan pasukan Harimau Malaya. Sarat dengan fakta, aku berharap penulis akan menulis CMTKPD volume 2 di mana rangkuman lebih padat dan terperinci mengenai bola sepak kebangsaan kita. Apa yang aku boleh simpulkan dari CMTKPD, 

- Daulat Sultan Bola tidak akan mampu melayakkan pasukan Harimau Malaya sampai ke Piala Dunia.
- Apabila bola sepak dipolitikkan dan pengurusan yang kucar kacir, bubuh lah Maradona jadi jurulatih pasukan kebangsaan sekalipun belum tentu pasukan kita bakal menemukan sinaran Piala Dunia di penghujungnya. Seribu kali sayang kerana kita pernah dan sehingga kini memiliki pemain-pemain yang berbakat dan bagus.
- Aku setuju dengan idea akademi bola sepak yang dicadangkan oleh penulis yang melahirkan Baharom Bahari*, pemain bola sepak profesional. Pembangunan bola sepak seawal usia 8-9 tahun, tapi siapa mahu mendengar idea sebegini rupa? Sultan Bola?
- Beberapa inisiatif perlu diambil bagi menjadikan bola sepak sebagai profesion yang berprofil tinggi seperti yang dilihat dalam liga-liga di luar negara seperti EPL, Bundes Liga atau La Liga. 

*Siapakah Baharom Bahari, sila dapatkan naskah CMTKPD anda sekarang. Haha, tu pun kalau Dubook Press nak jual lagi ataupun ada orang perseorangan nak lelong naskhah 'rare' ni. 

p/s - Mind read other review as well, you might want to read this too.


gravatar

Awak punye raya,saya raya jugak

[12.31am]

Assalamualaikum wbt and hye guys..

Happy Chinese New Year to all chinese friends. tahun ni,2012, adalah tahun naga. tahun bertuah bagi mereka yang lahir pada tahun 1988! that's us!haha..

Well,sehubungan dengan tajuk di atas, jom kita usha, apa maksud nya.let's!

Bermula pada hari sabtu,kebanyakan sedara dari perantauan dah mula balik ke sini. Alang-alang dah cuti lama,why not tak balik kampung kan. biasanya time2 cuti camni mesti ada je jemputan majlis2 perkahwinan tak kira sedara mahupun kawan2. tapi peliknya,tak ada pulak. oleh sebab banyak masa terluang, kitorang sekeluarga (i mean keluarga besar) buat makan besar lah. apelagi. kata CNY.hehe

TAPI, makan besar kitorang tu tak kosong. hari sabtu tengahari (21Jan2012), sempena pelancaran pembukaan WARUNG TOKKU, milik cousin ku, kitorang buat solat hajat. tengahari selepas zohor. ada rewang2 sikit sebelum start majlis tu. lepas solat,makan!hehe. menu hari tu, laksa penang n laksa kelantan. saya sangat suka sehingga 3 round makan :P sikit je kan. tak puas makan.kikiki

Arif suap Aakif laksa (aakif ni sbijik macam arif mase die kecik dulu)

Ahad (22Jan2012), mak ayah menerima jemputan majlis kesyukuran dari kawasan kejiranan. oleh sebab kitorang ada hal yang perlu diselesaikan kat umah ni,'terpaksa' lah tak ikut. so mak ayah je yang pegi. malam tu, turn umah pakcik di selising, kelantan. berkumpul sedara mara keluarga besar MJ (MJ tu singkatan bagi nama atuk n nenek). majlis tahlil n bacaan yassin berjaya diselesaikan dengan jayanya. Alhamdulillah. kita yang masih hidup masih sentiasa mengingati ahli keluarga yang telah meninggalkan kami semua. semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat. sesudahnya,makan besar lagi! kali ni,menu nya barbeque. oh,saya tak tolong pon dorang bakar2 ayam tu. hehe. teruk betul perangai :D main dengan bebudak kecik yang
lebih saya pentingkan,memang sangat tak matured,adoii.


ok,smpat lg..haha

jom makan!

Isnin (23Jan 2012),hari ni!hari ni ada 2 rumah yang kitorang akan pegi. ok,umah 1st, umah cousin sulung family kitorang, kak nik! menu tengahari hari ni, mee kari.memang walla~ sangat menyelerakan. yang penting, ada appetizer (buah-buahan), ngan desert (fruit cocktail n puding). sangat happening dan makan besar :) . macam biasa, saya memang suka bermain2. aakif jadi mainan saya,haha. lepas da kenyang tu,ape lagi,shopping time! kebetulan da sampai kota bharu ni, barang dapur pon da tak banyak, shopping jugak lah. lepas tu pulak, kitorang menghala ke umah 2nd, umah makcik di kota bharu,kelantan. singgah sebentar untuk solat asar je sebenarnya,tapi makcik ajak makan malam kat umah die. rezeki jangan di tolak,betul tak?hehe.
Alhamdulillah. :)

ok part yang paling best hari ni.

sedang menunggu untuk pulang ke umah, tetiba saya dapat call dari kawan baik saya,kak ayu name panggilan manjenye..kikiki.wee~happy tak terkira. kak ayu ajak singgah umah die. bila tanya ayah, ayah macam da penat, mungkin tak singgah. dalam perjalanan pulang, saya sms kak ayu, bagitau, tak dapat singgah, tak dapat jumpa. dalam tengah rancak berborak dalam kete,suddenly, ayah tanya nak jumpa kak ayu ke tak. saya apa lagi!memang lah cakap nak.hehe. rindu kak ayu sangat! ok,ni gambarnye. die tak bagi letak gamba ni sebab die xpakai comey2 katenya.hehe..tapi saya letak jugak :P sory kak ayu :)


ok,tamat cerita untuk 3 hari yang sangat best ni. orang lain punye raye,kitorang pon raya same. makan besar jugak tau! :D

p/s saya happy sebab ada keluarga yang bahagia, dan kawan2 yang sentiasa ada pada susah senang. sayang semuanya :)

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2012

[12.54am]