Ulasan: Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia
Selamat sejahtera semua, ini ulasan buku pertama aku untuk blog ni dan juga pertama untuk tahun 2012. Aku tak pernah mengulas buku, maksud aku untuk platform blog ni, jadi ini adalah cubaan pertama aku.
Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia (CMTKPD) merupakan terbitan Sokernet dan Dubook Press, karangan Lucius Maximus, iaitu seorang penulis untuk blog bola bola indie Sokernet. Kamu boleh ke Sokernet untuk membaca penulisan beliau mengenai arena bola sepak Malaysia mahupun EPL. CMTKPD yang aku beli merupakan cetakan kedua setelah buku ini berjaya diulas dalam satu rancangan sukan di Astro Arena dan hanya terhad 300 cetakan sahaja. Secara fizikal, buku ini tidak lah tebal, sekitar 100+ muka surat sahaja. Namun tidak tebal tidak bermaksud kurang pengisian, bahkan ia seakan tidak cukup untuk mengisi 100+ muka surat itu. Kronologi kepincangan bola sepak negara digarap dengan kemas sekali oleh penulis bermula perlawanan kelayakan Piala Dunia 1974 sehingga yang terbaru 2014. Walaupun aku seorang yang 'buta bola' - aku tak ambil pusing hal pengurusan, kejurulatihan - aku harus mengakui, jauh di hujung hempedu, ada lah sikit sikit aku mencarut lah jugak setelah membaca buku ini.
"Bangang rupanya FAM ni, sungguh kepala bana", itulah yang aku duk bermonolog dari awal buku sampai habis.
CMTKPD bolehlah dicanangkan sebagai 'handbook' rangkuman kegagalan Malaysia ke Piala Dunia dan sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengetahui secara 'overview' faktor-faktor kegagalan, pengurusan, pemain dan kejurulatihan pasukan Harimau Malaya. Sarat dengan fakta, aku berharap penulis akan menulis CMTKPD volume 2 di mana rangkuman lebih padat dan terperinci mengenai bola sepak kebangsaan kita. Apa yang aku boleh simpulkan dari CMTKPD,
- Daulat Sultan Bola tidak akan mampu melayakkan pasukan Harimau Malaya sampai ke Piala Dunia.
- Apabila bola sepak dipolitikkan dan pengurusan yang kucar kacir, bubuh lah Maradona jadi jurulatih pasukan kebangsaan sekalipun belum tentu pasukan kita bakal menemukan sinaran Piala Dunia di penghujungnya. Seribu kali sayang kerana kita pernah dan sehingga kini memiliki pemain-pemain yang berbakat dan bagus.
- Aku setuju dengan idea akademi bola sepak yang dicadangkan oleh penulis yang melahirkan Baharom Bahari*, pemain bola sepak profesional. Pembangunan bola sepak seawal usia 8-9 tahun, tapi siapa mahu mendengar idea sebegini rupa? Sultan Bola?
- Beberapa inisiatif perlu diambil bagi menjadikan bola sepak sebagai profesion yang berprofil tinggi seperti yang dilihat dalam liga-liga di luar negara seperti EPL, Bundes Liga atau La Liga.
*Siapakah Baharom Bahari, sila dapatkan naskah CMTKPD anda sekarang. Haha, tu pun kalau Dubook Press nak jual lagi ataupun ada orang perseorangan nak lelong naskhah 'rare' ni.
p/s - Mind read other review as well, you might want to read this too.
Post a Comment