gravatar

macam-macam..

[11.51 pm -mula-]

aku seronok dengan kawan2 hari ni..kol 9pm td aku,noya turun ke cafe..ade meeting dengan roslan,pengarah program..di cafe,ramai gler orang..yang tengah berbincang nye,berbual,dating lagi la ramai..aada smpai lewat..9.30pm,aku ingatkan kami akan habis meeting,so aku miscall marhan..memang kami berjanji utk berjumpe kol 9.30pm..mhan sampai d cafe kol 9.35pm.."cepat plak dia smpai..meeting xabes lagi ni..kesian dia kena tunggu"..roslan terus bercakap..kami dengar,tapi bukan urusan aku,aku men sampuk je kadang2..9.45pm lebih kurang,meeting tamat..naseb baik skejap je..then,mhan amek tempat roslan..depan noya,aku dok kat sebelah noya..

suddenly,aku nmpak dia..di cafe..aku cuma mampu senyum sendiri..dia tak prasan aku kot..tak pe,aku tak kesah..aku tak nafikan,kat cafe tadi memang sangat ramai orang..tp,tak sangka plak aku dapat jmpe die..aku tak abaikan kawan2 disebelah dan di depan aku..aku nampak,die sedang berbual di phone.."oOps,jaga mata ok anis!"..pandang kawan didepan..jangan pandang orang lain..aku hulurkan bungkusan ke tangan marhan..tanda maaf,aku lupakan tarikh lahir kawan baik aku sendiri..maap yeh marhan..terima la seadanya..kami berbual sekejap..nampak dia berjalan keluar dari cafe..seems like he's going back home..dia jalan sambil tunduk..macam malu2..yup,meeting da abes..mem dtang ke tempat kami..mem mengusik,"dia da malu2 da anis..fakhrul pon nak kenal sape"..aku gelak..tp,huh?adoyai..mem..jangan cucuk sarang tebuan..anis takut jadi hal lain..

pkul 11pm,aku,mem n noya naik ke bilik..aku cek d layar skype,mana la tau kot2 ade mesej penting untuk aku..ada..azam bertanya tentang kelas,nik bertanya tentang makan,dan tetiba,aku dapat mesej dari mem.."anis,tengok shoutout dia"..aku gelak..

-'aku mengisytiharkan bahawa aku tidak ada apa2 hubungan dengan mana2 wanita di UMP..boikot mem'-

aku anggap tu niat dia..yup,aku tak terasa langsung dengan apa yang dia tulis..aku tau perangai dia..pemalu,tp sensitif..cepat melatah dengan kerenah kawan2..tp,tak perlu la sampai nk boikot mem..hihi..anis tetap sokong mem..=P

aku mesej dia..berbual sekejap..juz untuk menegur..dan aku akhiri dengan ucapan selamat malam..seperti biasa..

aku tekan buang view untuk view offline friends di layar skype..mencari sesuatu..

Ya Tuhan..aku terkejut sangat..aku di remove dan di block dari list friends Aziz(bukan nama sebenar) yang dahulunya teman..kini,seperti tidak mengenali satu sama lain..tula lelaki,cuma pandai berkata-kata..terfikir.."tak payah remove or block pon tak pe..aku tak kan tegur kau pon,tak yah risau..kau wat camtu,nampak sangat yang kau tu penakut..asal?sebab da wat salah?kelakar la kau ni"..hurm,lupakan je la anis!..gram plak aku rasa bila dia wat cmtu..aku terasa tak dihargai langsung..kewujudan aku seperti tiada makna..btul ke?"kau nak aku tak wujud ke?banyak la kerenah kau..kalau kau ni orang baik2(ayat yang selalu kau ulang setiap kali jumpa),kau tunjukkanla..buktikan..huh!dah,tak perlu..kau takkan dapat buktikan apa2..sia2 je..aku da tau kau siapa"

logoff akaun skype..geram,sebal!hish..cam nak patah-patahkan je pensil kat depan mata..tahan,tahan..aku lagi sayang pensil dari kau..

hurm,udah le..penat plak..aku nk teruskan kerja m'edit proposal..
esok:aku ada klas pkul 8am..kena ke bhgn pengurusn harta lps klas..print proposal n hantar ke bhgn atasan..n teruskan dengan klas smpai pkul 1tghr..bercdg:petangnya,nak mulakan wat assgnment..tinggal 3 mggu lagi tempoh untuk siapkan..

tdo lewat lagi..tak apalah..aku lebih selesa menyibukkan diri..

[1.17 am -tamat-]

gravatar

kerana aku hanya seorang PEREMPUAN

sudah 1jam 40 mnt berlalu..sekarang sudah mnunjukkan jam 12.20 tgh mlm sejak kami ber5,aku,aada,noya,solah n zakuan pulang dr mkn mlm di Chili Tom Yam Restoran..esok aku ada kuliah mass transfer pkul 9 pagi..penat juga rasa badan..tidur?mata tak ingin di pejamkan..

sekarang juga,sudah 1jam 40 mnt berlalu sejak aku terasa ada sesuatu yang tak kena akn berlaku..hurm,aku slalu memikirkan sesuatu yang tak patut aku fikir.."bodohnye aku!knape mesti aku ingat hal lama?!" btol cakap mem,"dia tak layak untuk kamu!"..anis ingat tu mem..susah nak lupa kenangan..sakit hati!tp aku tau batasnya..kami belajar dtempat yang sama..n hopefully we'll never meet again..meet??cuma akan memburukkan keadaan..walaupun tinggal setahun lagi dia dsini..anggap kami tak pernah kenal..mungkin itu terbaik..

tadi,jam 11.43 malam..aku teringat seorang teman..aku boleh lupa hal lama bila teringat dia..sudah lebih setahun kami mengenali antara satu sama lain..sejak d tahun 1 lagi..aku menatap skrin monitor,tangan menekan petak-petak arrow d keyboard,mencari-cari nama seseorang..seraya aku berfikir,sambil tangan bermain tetikus..tak semena-mena,aku menekan butang call di tetingkap skype..sekejap,aku tekan butang cancel..tak boleh!dia tak perlukan aku,mungkin..biarlah sendiri,itu yang terbaik..

tak sampai seminit,he miscalls me back!aku senyum,meleret..tp..mungkin terpaksa..fikiran aku berulang, "tak boleh!dia tak perlukan aku,lebih baik sendiri"

sekali lagi..dia miscall..mengeluh,aku menekan butang chat.."hai wak!"..lambat,dia membalas, "aii"..chat kami berlangsung,sekejap..cuma 23 minit..kami berbual..ingin sangat aku bertanya khabar..hurm,cuma berharap dia sihat slalu..aku teringat tentang karnival remaja yang akan berlangsung d PWTC sabtu ni..mungkin dia pergi!teringat dia,aku bertanya,"awak pegi karnival tu tak wak?"n he said,"tak,sebab tak ada orang ajak"..mengeluh sekali lagi..awak,saya teringin nak ajak..tp,saya takut..saya tak layak..-pasrah-

aku mengubah topik,bercakap tentang hal kawannya..3 minit,senyap......masing-masing senyap tanpa sepatah kata..tak berpuas hati,sekali lagi aku bertanya,"awak memang tak pegi yeh?"..dan jawapan yang aku dapat tetap sama..mengeluh untuk kali ketiga,lebih kuat dari sebelumnya..aku terkedu..hanya terdaya menaip ayat "tak tau nak cakap ape..tak apela wak,saya tak nak kaco" ucapan selamat malam aku hadiahkan..aku mendapat balasan..

teringin aku menangis dek hati yang tak tenang..tp,sia-sia..teringat pesanan si sahabat, 'jangan tangisi sesuatu yang tak mungkin,kamu cuma akan sakiti hati kamu sendiri,hati lebih memerlukan air matamu..pada sesuatu yang lebih bermakna,pada Yang Esa'..trima kasih sahabat..

wutever it is..thanx so much sebab awak still nak bercakap dengan saya..kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan awak,saya tau awak tak banyak cakap dengan saya..tak apa,saya faham..saya mintak maaf yeh kalau saya ada buat silap or salah kat awak..

aku lebih selesa begini..aku tak boleh memulakan perkataan..aku tak boleh membicarakan hati..aku tau status dan pangkat aku..AKU HANYA SEORANG PEREMPUAN yang cuma tidak layak memulakan perkataan hati dan perasaan..aku hanya boleh memandang..dan pergi tanpa kata..

[1.59am] sekian~

gravatar

maafkan kami

assalamualaikum semua...

kami disini ingin memohon maaf sebab tiada kelapangan untuk update blog ini....
kami semua kembali sebagai pelajar...namun kami akan cube yang terbaik untuk memastikan blog ini masih kekal aktif...

maaf ye kalian...
=)

good luck in ur study...

gravatar

to my dear PJO

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Hafeezul
Allah selamatkan kamu




Here,
with all my heart
i just want to wish you,my dear friend
Happy 21st Birthday...
May ALLAH bless you...
Thanks for being there whenever i need you
when im down...
thank you so much...

Pjo,
Whatever with the past has gone,
The best is always yet to come.
Always remember that...

gravatar

Cinta, Sayang, Suka dan Minat..Ada beza ke??

Apa bezanya cinta, sayang, suka dan minat?kita sndri xkan tau jika tak mngalaminya sndri..rite?
jom ingat kembali..pernah x berlaku pada dri kita sndri..check it out!

CINTA - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

SAYANG - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

SUKA - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

MINAT - Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

my cinta-he's not wif me but they(fmily) come for me..=)
my sayang- always here..
my suka- sometimes..
my minat- huh??nobody is perfect for d word 'minat' for me..

*to mem,noya,aada-u all special n always b my sayangs..
*buat ogy,aimi,k.ayu,koha,khalid,ammar,fatihah,yanie,suhaila,dayah n nuyun..jgn dlupakan knangan dlu..sayang korang jgak..=)
*zarul,marhan,daus,azam n last but not least law..u guys mmg best..thanx for always b here..
*for him..hihi..biarla jd rahsia..nobody knows who will b 'him' even himself..=P

thanx all..

gravatar

jiwa ke-se-ju-kan

salam semua...buhsan sungguh aku ari nii..dr pg td duk facebook-ing je..tmbh2 skang da add application baru..MAFIA WARS..hahhaaaa..then teringat lak smlm kuar...ni yg nak cite..

3.1.08..hujan lebat giler...sangat..nak jugak kuar..mlm tu da plan nk g tgk AUSTRALIA..since we knew it is a new movie released in cinema..aku sndiri quite doubt jugak nk g tgk cite nii..bes ke.??usha some info bout this film..duration dlm 2hours45min..pe die nk cite dlm tmpoh spjg tuu..??

haa..kitorg ber4 ni la kuar...yg mem nii xabis2 mndpt komen muke cam ikan buntal..kih33..penat gelak..kat traffic light nii..duk sebok amik gmbr..tp kan sebenanye..bile ak tgk2 balik gmbr ni..noya pon cam buntal..sama bulat je..hohohooo
wayang stat 3.30..smp megamall 3.15..sejuukk...luckily mlm tu anis da tempah tiket..smp mega terus ke GSC..amik tiket..popcorn..air sebotol..






n the land called..A U S T R A L I A


pe aku leh katekan mmg worth it tgk cite nii..kat luar tu ujan..kat dlm ni..bloody chilling..menggigil2 kitorg..ak sangat mengagumi watak Sarah Ashley aka mrs boss, seorg wanita yang kental untuk menguruskan properties peninggalan suaminya, Lord Ashley yang mati dibunuh. ko bygkan je la, perempuan nek kuda mengembala 1500 ekor lembu merentasi benua Australia dari selatan ke utara ngan org2 gaji die..terharu jugak la aku..tapi cite xabis kat cni je..ade lg konflik len..ak leh ckp..ni full package nye movie r..selesai tgk wayang..mem recommend mkn nc aym kat luar GSC tu..

miss boss ngan mem..hehehehe

ade 2org budak nk tumpang kitorg mkn..ak bg je laa..time kaseh la tudung krim..siap blanje ag..kihh

pas menonton igtkan nk g lepak TC..nk tgk busking..but it seem rain won't stop..masa pon cam suntuk je..postpone r lu..g cari barang skit..then ke mcD..xleh blah beli mknn utk breakfast..burger2 tu laa..kitorg da kenyang mkn nc aym yg sedap tuu..pastu kitorg ke mane ag eh..balik la wehh..da mlm pon..
ni la cenderahati dari 'australia' tu..heheheee


p/s:mungkin teknik penceritaan ak xbape bgus..ak akui itu..ak bgus skiiiiiit la kalo nk tulis sal pendapat, buah fikiran ak pasal sesuatu..kalo nk bercerite..perkara yang berlaku cam bes pon bila da tulis2 gini jadi xbess..

gravatar

++waniTa++

1.Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang
hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

2.Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi
tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati
tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg
membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat
lelaki lebih berghairah.

3.Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu
yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki
melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan
kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk
persoalannya.

4.Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn
wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn
tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat
lelaki berasa bangga.

5.Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,
pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg
terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara
tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya.
Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan
dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg
tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya
anak 3??

6.Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar
teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik.
Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak
serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita
yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki
dgn baik dab berfikiran terbuka.

7.Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di
mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara
berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg
baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia
mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di
kampung.

8.Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya
sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan
oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan
dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan
merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan
dirinya sesuka hati.

9.Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg
susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan
spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg
memancar keluar dgn indah dan mempesona.



--
I CANNOT DO EVERYTHING,
BUT STILL I CAN DO SOMETHING,
AND BECAUSE I CANNOT DO EVERYTHING,
I WILL NOT REFUSE THE SOMETHING I CAN DO.