gravatar

cerita kejahilan seorang manusia

Semalam aku dah pun buat story telling kat noya cerita ini. Cerita bermula di sebuah kampung kat tempat aku jugak lah. Ada lah seorang pakcik (kita namakan mamat) masuk hutan dan menjumpai seekor makhluk yang pada pandangan mata mamat ni comel??

Makanya dibawalah pulang makhluk yang comel ke rumah dan dibelanya seperti kucing. Kau tahu, layanan yang kucing dapat? Dibiar ke hulu ke hilir dalam rumah dengan bebas. Manja-manja dengan tuan lagi. Makan-makan. Oh, aku tak bela kucing. keh88.

Dikatakan makhluk yang comel ni, ada belang-belang kat badannya, tapi tak dapat dikenalpasti apakah spesies itu?kucing?kucing hutan?kancil?pelanduk?

Pada suatu hari, datang lah kawan mamat ni (kita namakan lagi...mutalib), mamat dengan hati girang mahu eksyen sebab dia ada pet yang comel itu. dia pun mengeluarkan makhluk comel itu untuk tatapan mutalib.

Mutalib terkejut.

'caishhh, ni anak babi, bela atas umah?'

'mana aku tahu, badan dia ada belang-belang, muncung pun tak de'

'memang lah, anak babi, muncungnya tak bape nampak lagi, badan plak belang-belang masa kecik'

Kesudahannya, tak tahulah kalau umah mamat kena samak ke.

Moralnya, bukak lah channel national geography jugak, animal planet ke, jangan duk tengok channel ESPN sepanjang masa, cerita-cerita hantukeliwonpenunggu, cerita-cerita korea je memanjang. tengok..anak babi pon tak kenal.

Tapi aku syak, pakcik tu tak dapat tengok channel national geography ngan animal planet tu.



aku dah lama gila tak membelog. trauma.....barangkali.

gravatar

haha...sgt trajis... bhaye nguh la... geli plop mikir2.. keh2.

gravatar

eiii..geli dooll, najis berat duk ats umohh..yek3

gravatar

kah2... mmg r.. doh la wat cm kuceng.. keh2... xsanggup nk pk.. kiss+peluk2.. uwaaa