jiwa ini sentiasa memerhati-part 2-kesah sebuah pejabat pos
aku ke pejabat pos untuk melangsaikan bil telefon mak aku. aku bertandang ke sana sebelah pagi. suasana yang sangat meriah dan tidak menyenangkan aku untuk aku menunggu..sebab aku tak suka menunggu dan aku mengambil keputusan untuk datang semula di sebelah petang. pada waktu petang, terkocoh-kocoh aku menerpa ke arah pintu pejabat pos dengan harapan suasana sudah sedikit menyamankan dan mendamaikan untuk aku menyelesaikan kerjaan ku dengan pejabat pos tu. ternyata jangkaan aku meleset sama sekali. meriah lagi rupanya. ape..ada parti ke dalam pejabat pos, kenduri hari lahir??mahu atau tidak..aku tekan butang B dekat mesin pencetak angka giliran..2071..angka sekarang..2023..aku memandang kuee seraya menunjukkan angka giliran itu..'mampukah kita bertahan?'..'mampu.'..ujar kuee.ringkas
*****************************************************************************************
aku ambil tempat duduk sementara menantikan ketibaan angka 2071 tu, setelah ku lihat-lihat, kenapa kaunter untuk pembayaran bil-bil setempat dan lain ada 3 sedangkan kaunter untuk urusan pos-mengepos ada 1 je...kau tau..1 je..apa..aku silap masuk office ke..tak.aku yakin ni pejabat pos.warna tipikal pos.merah.ada peti surat merah kat luar tu.untuk pos mengepos eksperess kaler kuning peti surat tu.yup.betul.ini pejabat pos.ok.mana fungsi pejabat pos yang sebenar?setau aku pejabat pos untuk urusan pos-mengepos, hantar-menghantar dan seangkatan dengannya.hairan betol aku.kenapa ya??nak bayar bil air kat pejabat pos. nak bayar bil elektrik kat pejabat pos. nak bayar bil telefon pon kat pejabat pos.jadi apa fungsi Ti Eng Bee?apa fungsi jabatan bekalan ayor?apa fungsi teli-KONG?ni semua nak kena selesaikan kat pejabat pos. yang aku ni pon nak kena bayar bil telefon mak aku kat pejabat pos.apa kejadahnya bil telefon bayar kat pejabat pos.abis tu, Ti Eng Bee, jabatan bekalan ayor, teli-KONG ni..buat apa?tu belom ag yang nak renew lesen pon buat kat pejabat pos.staff jpj da malas buat keje ke pe??tu belum ag kes buat pejabat pos besar-besar.hiasan dalaman cantik-cantik.memang classy.kaunter 7 8 ada.yang bukak 4.kalau bukak 6 kaunter memang terer r.hari-hari aku nak pergi pejabat pos. dah la kaunter tiga nisbah satu. 3 untuk bayar bil.1 untuk urusan pos-mengepos.nak je aku siram pejabat pos ngan petrol.bakar.baik tutup je pejabat pos tu.tukar nama.pejabat bil-bil setempat dan lain-lain.haa..bayar la segala mak nenek bil yang kau nak bayar.staff lak buat kerja lembab.da tau tu waktu bekerja, cubala untuk bekerja ngan efisien dan berkesan sikit.ni time kerja pon nak bersembang.bergosip.da tau kaunter bukak 3 je ( pada petang itu).kaunter bukak 3.kerja lembab.pejabat pos ni pon satu hal.da kau jadi tempat pembayaran alternatif bil-bil yang tak sepatutnya ni..bukak la semua kaunter.kalau ada 10 kaunter, kasi semua bukak.bagi meriah lagi pejabat pos ni..baru haruuu.pastu tukar nama baru pejabat pos dan pembayaran bil-bil setempat dan lain-lain.kaler bangunan pon tambah kaler baru.kuning,biru,oren.sebab skang pon kau da tak berfungsi macam pejabat pos sangat daa.
*****************************************************************************************
aku da tertido-tido tunggu kat kerusi. da r kerusi lak senget sebelah. datang seorang pakcik duduk.terjaga aku..kacau betol.menantikan angka 2071 tu merupakan 1 penyeksaan jiwa dan baten yang amat teruk bagi aku.'aku terpaksa apply taktik kotor aku time aku muda-muda lu'.aku pandang kiri-kanan.tidak ada yang bangun.masuk je no 2043 aku terjah kaunter.aku hulur bil kat staff tu.
'dik,kertas angka giliran mana?'
'ooo..ni giliran saya daa.nak kena pakai kertas tu gak ke?'..ngan muka tak bersalah
'ye la'
'da tercicir r kak'
selesai bayar bil aku berambus dari pejabat kaler merah ni.setapak keluar dari pejabat ni aku sengih-sengih.puas hati.
p/s-kalau ada 10 orang dalam pejabat pos tu yang macam aku ni, bek tak payah letak mesin cetak angka giliran tu..buat je cara konvensional.beratur.
wahahaha!
macho gile!
wahahahaaa...
mestila weehh..kwn sape ni..kwn kau gakkk
Post a Comment