gravatar

rambut?sapa kata tak penting..?

[7.10am]

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua..

di pagi yang baik dan sunyi,skarang da mnunjukkan jam 7.10pagi..ketiadaan air di seluruh kawasan kat ump ni mengeruhkan keadaan dan membantutkan aktiviti aku..luse ada test..jangan la kau still tak de,wahai air..air oh air..hoho..

dalam banyak2 cte..aku suke kalo mnceritakan hal dan pengalaman sendiri..sekurang2nya aku boleh berkongsi..lancar je pertuturan aku kalo bab2 pengalaman sendri neyh..

hari ni,aku tak tau nak bercerita tentang apa..mungkin disebalik post aku kali ni, ade terselit cte2 yang best..haha,who knows..so lets check it out..baca sampai abes tau..kalo tak,kne piat..=P

rambut..perkataan rambut ni selalu bermain di kotak fikiran aku beberapa hari ni..so, aku nak le berkongsi sket hal rambut..ade 9 mitos tentang rambut..



Mitos 1. Sering menggosok rambut membuat rambut kering dan rosak.

SALAH. kekerapan mencuci rambut tidak berkaitan langsung dengan masalah rambut kering dan rosak.jaga kekerapan gosokan maksimum 3kali dalam seminggu dan menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Jika rasa perlu menggosok lebih dari 3kali dalam seminggu, sebaiknya gunakan jenis mild syampu.

Mitos 2. Semakin banyak syampu semakin bersih

SALAH. Tak perlu terlalu banyak menggunakan syampu. pakailah syampu secukupnya. Ketika syampu sudah menutup seluruh rambut dan kulit kepala, itu tandanya 'dosis' pemakaian syampu sudah cukup.

Mitos 3. Perapi mengatasi rambut pecah-pecah

SALAH. Fungsi perapi adalah melembutkan serta menghaluskan lapisan kutikula rambut, sehingga keadaan helai rambut menjadi lebih lembut dan mudah diatur. Jadi, fungsi perapi adalah untuk mencegah sebelum terjadinya kerosakan pada rambut.

Mitos 4. Tidur dengan rambut basah/lembab menyebabkan kulat di kulit kepala.

SALAH. kulat tidak ditimbulkan hanya kerana rambut basah yang dibiarkan menempel pada bantal selama kita tidur. Infeksi pada kulit kepala adalah disebabkan manusia, binatang atau alat untuk menata rambut yang kotor/tidak terjaga kebersihannya. kulat di kulit kepala (tinea capitis) biasanya menyerang anak-anak, kerana kekebalan tubuhnya lebih lemah jika dibanding dengan orang dewasa.

Mitos 5. Berkongsi sikat dapat menyebarkan penyakit

BENAR. Kutu dan pelbagai parasit lainnya dapat merebak melalui sikat atau alat untuk menata rambut lainnya. Pastikan menggunakan sikat atau alat-alat rambut yang bersentuhan langsung ke rambut, tanpa berkongsi dengan orang lain.

Mitos 6. Memotong Rambut akan membuat rambut lebih tebal dan lebih cepat panjang.

SALAH. Memotong rambut tidak mempengaruhi percepatan pertumbuhan rambut atau membuat rambut lebih tebal. Kerana rambut selalu memiliki waktu yang konsisten untuk tumbuh dengan sendirinya, kecuali jika anda berpenyakit tertentu. Jika ingin rambut lebih mengembang, gunakan produk rambut yang dapat menambah volume rambut atau mengubah struktur rambut.

Mitos 7. Terdedah di bawah terik matahari menyebabkan rambut kering

SALAH. Rambut adalah pelindung kulit kepala dari pelbagai faktor external termasuk salah satunya sinaran matahari.tetapi sinaran matahari hanya sampai pada permukaan rambut saja, sedangkan kerosakan rambut berasal dari dalam (folikel rambut)

Mitos 8. Stress Menyebabkan rambut rosak

BENAR. Stress yang disebabkan oleh contohnya kesedihan mendalam, atau menderita sakit parah yang lama, dapat menghentikan pertumbuhan rambut sehingga anda akan mengalami kerosakan sementara.tetapi jika tubuh semakin kembali pulih dari segi fizikal dan mental,pertumbuhan rambut akan kembali normal.

Mitos 9. Merokok membuat rambut cepat beruban.

BENAR. Sebuah penelitian membuktikan, para perokok memiliki risiko 4kali lebih cepat memiliki rambut beruban daripada mereka yang tidak merokok. Bahkan merokok juga akan menambah peratusan kemungkinan rambut rosak.

so,jagalah sebaiknya rambut kita..tak kira lelaki or perempuan,rambut itu penting untuk menjaga imej serta nama baik kita sendiri bukan?

haha..macam blog kesihatan plak..saje nak berkongsi..all da best ya!

[12.41pm]penat,baru balik dari kelas..sekian~