
- Rencana Sekali-sekala
-
Kamimana 2013. Powered by Blogger.


bace2...hahha

cerita kejahilan seorang manusia
Semalam aku dah pun buat story telling kat noya cerita ini. Cerita bermula di sebuah kampung kat tempat aku jugak lah. Ada lah seorang pakcik (kita namakan mamat) masuk hutan dan menjumpai seekor makhluk yang pada pandangan mata mamat ni comel??
Makanya dibawalah pulang makhluk yang comel ke rumah dan dibelanya seperti kucing. Kau tahu, layanan yang kucing dapat? Dibiar ke hulu ke hilir dalam rumah dengan bebas. Manja-manja dengan tuan lagi. Makan-makan. Oh, aku tak bela kucing. keh88.
Dikatakan makhluk yang comel ni, ada belang-belang kat badannya, tapi tak dapat dikenalpasti apakah spesies itu?kucing?kucing hutan?kancil?pelanduk?
Pada suatu hari, datang lah kawan mamat ni (kita namakan lagi...mutalib), mamat dengan hati girang mahu eksyen sebab dia ada pet yang comel itu. dia pun mengeluarkan makhluk comel itu untuk tatapan mutalib.
Mutalib terkejut.
'caishhh, ni anak babi, bela atas umah?'
'mana aku tahu, badan dia ada belang-belang, muncung pun tak de'
'memang lah, anak babi, muncungnya tak bape nampak lagi, badan plak belang-belang masa kecik'
Kesudahannya, tak tahulah kalau umah mamat kena samak ke.
Moralnya, bukak lah channel national geography jugak, animal planet ke, jangan duk tengok channel ESPN sepanjang masa, cerita-cerita hantukeliwonpenunggu, cerita-cerita korea je memanjang. tengok..anak babi pon tak kenal.
Tapi aku syak, pakcik tu tak dapat tengok channel national geography ngan animal planet tu.
aku dah lama gila tak membelog. trauma.....barangkali.

andai itu takdirnya...
kami bagaiKn langit dengan bumi & aku tak pernah walau sekalipun mengimpikan untuk menggapainya tapi tak salahkan aku jadi pemujanya dari jauh... em....

get lost loser
-end-

terimbau kenangan
buat-buat demam...
jolok-jolok mulut sampai muntah...
konon-konon tak sihat tak boleh pergi sekolah....
and pernah tak korang rasa syndrome yang macam
bila dah lama tak pergi sekolah (orang lain bersekolah)
korang rasa macam tak nak pergi sekolah pada hari korang dah patut sihat untuk pergi sekolah...
maka
tak pergi sekolah lagi...
sebab takut bila fikirkan kerja sekolah yang sememang nya dah berlonggok sebab seminggu tak pergi sekolah
p/s: sekolah cina sangat banyak homework...
moral of the story:
jangan hantar anak ke sekolah cina....
tapi saya nak hantar jugak...
muahahha
*gelak jahat*
motif tulis entry ini:
tengok seorang budak nangis-nangis naik bus dari pekeliling semalam...
bus baru nak keluar dari pekeliling...
"pak cik, pak cik...tolong berhenti...saya tertinggal barang"
"itu kereta saya...tolong lah, pak cik...tolong lah saya..."
pak cik bus jawab :"telefon ayah kau hantar ke sini..."
"saya kol tak dapat...hp die xde bateri kot...tolong lah pakcik..."
pak cik bus berkata lagi :"kau nak lari pun bawa lah beg kau sekali...jangan nak nyusahkan org"..
tapi pakcik bus tu baik hati jugak dalam kekasaran die...
dibawa nya budak tu ke kereta ayah dia...
:)
then tetibe ayah budak tu dah datang and amek semua barang die...
huhu....
-end of story-